19 May
JENIS KARANGAN UMUM


JENIS KARANGAN UMUM

Keperluan soalan

  1. Lima soalan dikemukakan dan anda perlu menjawab satu soalan sahaja.
  2. Sebanyak 100 markah diperuntukkan untuk karangan Bahagian B.
  3. Anda perlu menjawab soalan ini dalam masa yang dicadangkan iaitu  satu jam setengah / 90 minit.
  4. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 350 patah perkataan.
  5. Terdapat dua bentuk soalan yang disoal iaitu karangan berformat dan karangan tidak berformat.
  6. Antara jenis karangan berformat ialah :
    • surat rasmi
    • surat tidak rasmi
    • laporan
    • minit mesyuarat
    • berita
    • rencana
    • dialog/wawancara/forum
    • ucapan/syarahan/ceramah/taklimat
    • ulasan buku/resensi
  7. Antara karangan tidak berformat pula ialah :
    • gambaran/keperihalan
    • cereka/imaginasi
    • fakta
    • pendapat/perbincangan
    • perbahasan
    • peribahasa/cogan kata
    • kesusasteraan
  8. Terdapat lima dimensi yang diambil kira dalam penyediaan soalan bagi Bahagian B iaitu :
    • diri sendiri
    • keluarga
    • masyarakat/negara
    • antarabangsa
    • kesusasteraan
Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING