25 May
KAEDAH PENULISAN PENDAHULUAN, ISI DAN PENUTUP

KAEDAH PENULISAN PENDAHULUAN, ISI DAN PENUTUP KARANGAN YANG MANTAP


CONTOH SOALAN

Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar umbi dalam kalagan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung ?


(i) PERENGGAN PENDAHULUAN 


Pendahuluan = PU/DEFINISI + AH + AC + AA


Penyataan Umum (PU) / Definisi

· Terdiri daripada satu ayat sahaja.

· Ditulis berdasarkan tajuk.


Ayat Huraian (AH)

· Terdiri daripada satu hingga tiga ayat.

· AH1 : Senario / perkembangan isu yang dibincangkan pada masa ini.

· AH2 : Faktor / Kepentingan / Kesan kepada individu / keluarga / masyarakat / negara (bergantung kepada dimensi soalan).

· AH3 : Kesinambungan daripada ayat huraian 2 dan boleh menggunakan formula 5W 1H 1I / MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)


Ayat Contoh (AC)

· Anda boleh memberikan satu atau melebihi satu contoh.

· Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan dengan kehendak soalan.


Ayat Arah (AA)

· Menyatakan pendirian anda sama ada bersetuju atau tidak dengan soalan secara umum.

· Perlu menyatakan fokus arahan yang diberikan.

· Anda boleh menulis dalam bentuk ayat penyata atau ayat tanya bergantung kepada kreativiti anda.


Peringatan :

· Baca arahan dengan teliti dan gariskan kata kunci dan fokus arahan.

· Jangan sesekali memasukkan isi dalam perenggan pendahuluan.

· Tidak perlu menyatakan isi utama dalam ayat arah.



(ii) PERENGGAN ISI-ISI:

GUNAKAN TEKNIK


Isi = AT + AH + AC + AP



Ayat Topik (AT)

· Terdiri daripada satu ayat sahaja dan mestilah ringkas, padat dan jelas.

· Ditulis pada permulaan ayat.

· Menjadi pencetus idea untuk pengembangan ayat seterusnya.


Ayat Huraian (AH)

· Terdiri daripada satu hingga lima ayat.

· Dihuraikan secara mendalam menggunakan formula 5W 1H 1I / MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)

· Setiap ayat huraian mestilah menunjukkan kesinambungan dengan cara menggunakan penanda wacana yang sesuai.


Ayat Contoh (AC)

· Anda boleh memberikan sekurang-kurangnya satu contoh.

· Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan dengan kehendak soalan.

· Kedudukan AC boleh di mana-mana sahaja tetapi mestilah sebelum AP.


Ayat Penegas (AP)

· Merupakan ayat kesimpulan kecil bagi setiap isi.

· AP menegaskan semula AT dengan menggunakan ayat berbeza tetapi masih mengekalkan maksud yang sama dengan AT.


Peringatan :

· Setiap isi mestilah ditulis dalam satu perenggan sahaja.

· Tidak boleh menggabungkan 2 isi dalam satu perenggan.

· Tidak boleh menulis 1 isi dalam beberapa perenggan (dikira sebagai mengulang isi).

FAKTOR-FAKTOR:

  1. Kelemahan peribadi seseorang (kurang didikan agama)
  2. Kelemahan kepimpinan
  3. Faktor perkembangan modenisasi
  4. Faktor sosial dan budaya

KESAN:

  1. Berlaku ketidakadilan dalam masyarakat (golongan miskin/sederhana ditindas)
  2. Menjejaskan imej negara (nama negara akan tercemar di mata dunia)
  3. Mengancam keselamatan rakyat dan negara (sektor pembinaan-bahan tidak berkualiti)
  4. Melemahkan sistem pemerintahan (lahir pemimpin yang tidak berkualiti)
  5. Menghancurkan sebuah negara

LANGKAH PENCEGAHAN:

  1. Penguatkuasaan undang-undang
  2. Kempen kesedaran
  3. Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)
  4. Mempermudahkan urusan melalui ICT (lebih selamat)
  5. Penerapan nilai murni di sekolah (Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan)
  6. Didikan agama yang mencukupi (sejak kecil)


(iii) PERENGGAN PENUTUP




Penutup = AK + AC + AH


Ayat Kesimpulan (AK)

· Terdiri daripada satu hingga dua ayat .

· Merumuskan keseluruhan karangan.

· Tidak menyenaraikan isi yang telah ditulis dalam perenggan isi (dikira salah).

·


Ayat Cadangan (AC)

· Terdiri daripada satu hingga dua ayat.

· Memberi cadangan yang relevan dan mengaitkan dimensi dengan fokus arahan yang diberikan.

· Tidak memerlukan huraian panjang.


Ayat Harapan (AH)

· Menyatakan harapan sekiranya cadangan yang diberikan dalam AC diguna pakai dalam usaha menangani isu yang dibincangkan.

· Menggunakan kata hubung agar / supaya / demi untuk menyambungkan AC dengan AC.

· Kaitkan dengan dasar-dasar negara atau Wawasan 2020.


Peringatan :

· Jangan memasukkan isi dalam kesimpulan.

· Perenggan kesimpulan haruslah seimbang dengan perenggan pendahuluan.

· Mesti memasukkan ayat cadangan dan harapan.

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING